Friday 9 March 2012

bio khairul fahmi

Biodata diri:

              Nama penuh: Khairul Fahmi Che Mat
              Nama panggilan: Apek
              Tarikh Lahir: 7 Januari 1989 (seminggu lagi masuk 22 tahun)
              Tempat Lahir: Kota Bharu, Kelantan
              Tinggi: 1.70 meter (5 kaki 7 inci)
              Berat: 60 kg
              Posisi: Penjaga Gol
              Kelab: Kelantan FA
              Nombor Jersi: 19

Penglibatan:

              Mewakili Malaysia B-23 buat kali pertama dalam bola sepak ketika Asian Games 2010 yang diadakan di Guangzhou, Guangdong, China dari 7-25 November 2010
              Sekali lagi dipanggil untuk mewakili Malaysia oleh K.Rajagopal dalam AFF Suzuki Cup 2010 (dahulunya dikenali dengan nama Tiger Cup)
              Khairul Fahmi berjaya mengekalkan perlawanan tanpa bolos (cleansheet) ketika bertemu dengan Thailand (0-0)
              Khairul Fahmi juga berjaya mengekalkan perlawanan tanpa bolos (cleansheet) ketika bertemu dengan Vietnam dalam kedua-dua perlawanan separuh akhir (First Leg: 2-0 | Second Leg 0-0)
              Khairul Fahmi sekali lagi beraksi cemerlang dalam perlawanan akhir pertama bertemu Indonesia yang berakhir dengan Malaysia menang 3-0. Sekali lagi cleansheet daripada beliau
              Dalam perlawanan akhir kedua yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia, Khairul Fahmi menjadi wira negara kerana berjaya menyelamatkan sepakan penalti daripada pemain Indonesia sekaligus menjadi pemangkin “moral up” kepada rakan-rakannya yang lain dan menjurus kepada gol di tempat lawan oleh rembatan kencang penyerang jadian Mokhtar Dahari, Safee Sali

Pencapaian:

              Sebahagian daripada pasukan Kelantan yang memenangi Piala Malaysia 2010
              Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik ketika Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2010 yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya pada awal bulan November 2010

sukan    Siapa Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek?

No comments:

Post a Comment